Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Saman-menyaman Anwar Ibrahim adalah satu kaedah undang-undang atau kehakiman iaitu kaedah saman yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Pembangkang Malaysia untuk menegakkan kebenaran terhadap fitnah yang ditimpakan kepada beliau. Cara ini menyamai tindakan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menyaman pihak pembangkang.[1] Sebaliknya di dalam kes Anwar, beliau berada di pihak pembangkang Malaysia, mahu menyaman pihak kerajaan dan media arus perdana. Kadangkala terdapat kes di mana Anwar disaman apabila pihak penentang beliau merasakan bahawa beliau berada di pihak yang salah.Selama ini Anwar Ibrahim dicabar oleh pelbagai pihak untuk menyaman pelbagai pihak yang menyamannya. Ada yang tidak senang tindakan Anwar Ibrahim. Mereka berpendapat saman-menyaman tidak selaras dengan demokrasi. Namun, demokrasi tidak membenarkan fitnah-memfitnah.Terdapat banyak saman yang dikeluarkan atau dihadapi oleh Anwar. Di antaranya termasuklah perseorangan sperti Wee Ka Siong, Chandra Muzaffar, Khairy Jamaluddin atau syarikat seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.

Rujukan

WikiPedia: Saman-menyaman Anwar Ibrahim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://malaysiakini.com/news/119516 http://malaysiakini.com/news/126678 http://malaysiakini.com/news/151899 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...